laman web rasmi Kolej Rahman Putra Ditukar

Untuk maklumat semua, laman web rasmi Kolej Rahman Putra telah berpindah ke halaman yang baru. Dengan rasminya segala update tidak akan halaman ini lagi. Sila ke laman web baru ke:




Harap maklum. Segala permasalahan amat kami kesali. :)

Isu penarikan Blok G05 dan G06 dari KRP

30 April - Isu mengenai G05 dan G06 yang akan ditarik dari KRP masih menjadi tanda tanya dikalangan warga KRP sendiri. Blok G05 dan G06 dikatakan akan diubah suai untuk menjadi makmal penyelidikan UTM pada bulan 6 ini. Persoalannya, dimanakah hendak ditempatkan mahasiswa yang telah pun didaftarkan di blok-blok tersebut pada semester hadapan. Mahasiswa yang telah didaftarkan menggunakan 'kouta pengetua' yang kononnya memperolehi keutamaan untuk menduduki kolej ini. Berbeza dengan blok G07 dan G08 yang telah dijelaskan dari awal untuk blok itu dikosongkan untuk pihak SPS pada semerter hadapan.

Berhubung itu, kami dipihak KRP telah berbincang diantara JKM, ketua blok, felo, PPA dan wakil dari MPM mengenai masalah sebenar isu ini. Kata putus masih tidak diperolehi disebabkan arahan yang berbeza dari pihak HEMA dan PHB sendiri. Sehubungan dengan itu, kami akan cuba untuk menyelesaikan masalah ini dengan mendapatkan kata putus dari pihak NC sendiri tentang permasalahan ini. Insyallah kami akan cuba memprotes blok-blok tersebut dari diambil atas alasan yang diberikan dan selesaikan masalah ini sebelum cuti supaya warga KRP yang akan menetap di G05 dan G06 tidak akan menjadi tanda tanya disemester hadapan.

Lawatan Deligasi Akademik dari Universiti Malaysia Pahang ke KRP UTM

Assalamualaikum.
alhamdulillah JKM KRP telah pun sempurnakan satu lagi program iaitu Lawatan Deligasi Akademik dari Universiti Malaysia Pahang ke Kolej Rahman Putra (KRP), UTM.

lawatan ini adalah terdiri daripada Perwakilan Kolej Kediaman 5 (Peka 5) kampus Pekan, Universiti Malaysia Pahang iaitu 30 orang mahasiswa 2 orang pengiring.

kami telah menyambut baik kedatangannya sekitar 1 pagi 16 April 2011 oleh pengerusi dan naib pengerusi (pengurusan) JKM KRP sendiri di hadapan pintu masuk utama UTM dan terus membawa mereka ke Kolej Rahman Putra (KRP). program diteruskan dengan taklimat program oleh penasihat JKM dan pembahagian bilik oleh AJK penginapan.

Pada pagi itu, program dimulakan dengan sarapan pagi pada pukul 8.30 pagi dan seterusnya sesi pembentangan dibuat oleh pengetua KRP, Penasihat JKM KRP dan Pengerusi JKM KRP. Program berehat seketika dengan minum pagi dan diteruskan lagi dengan sesi dialog diantara PEKA5 dan JKM KRP. 

Selepas makan tengahari dan solat zohor, kami telah membawa mereka melawat kesekitar UTM seperti Dewan Sultan Iskandar (DSI), Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ), bangunan canseleri, kolej-kolej lingkaran dalam dan lingkaran luar dan balai cerap. sehingga pukul 4.30 petang, program diteruskan dengan perlawanan persahabatan futsal antara PEKA5 dan KRP. Pada malam itu pula kami membuat BBQ sebagai pengisian dan pada waktu itu perkongsian pendapat amat meluas.

pada pagi hari terakhir deligasi ini, dimulakan dengan sarapan pagi dan majlis penutupan program ini. Majlis penutupan bermula dengan ucapan dari pengerusi JKM KRP dan ucapan dari pengerusi PEKA5. Ia diteruskan dengan Ucapan dari wakil pengetua KRP dan ucapan dari pengiring deligasi PEKA5. Kemudian, penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan futsal dan pemberian cenderahati dari JKM KRP dan juga dari PEKA5. Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama JKM KRP dan PEKA5.

Harapan kami terhadap program ini agar deligasi ini tidak semata-mata berakhir disini. kami berharap masih ade kesinambungan antara kami untuk memajukan semangan kepimpinan masing-masing.






kejohanan paintball putra 2011

Assalamualaikum.

kejohanan paintball putra 2011 yang dianjurkan oleh kelab Putra Advanture Club (PAC) Kolej Rahman Putra telah berjalan dengan lancar. program ini diketuai oleh pengarah program iaitu Syazwan

kejohanan ini telah diadakan pada 8 April 2011 bertempat di Danga City Mall, Johor Bahru.
kejohanan berlangsung tepat pada pukul 11 pagi yang terdiri daripada 5 team daripada KRP sendiri dan setiap team mempunyai 6 orang pasukan. perlawanan dibuat secara liga iaitu setiap team akan berlawan dengan semua team yang ada dan team yang memungut mata yang tertinggi akan digelarkan sebagai juara.

program ini berakhir sekitar pukul 4 petang.





Pasar Malam KRP

alhamdulillah.. selesai sudah genap 1 semester organisasi JKM KRP dilantik pada tahun 2011 ini. dengan itu maka tamatlah sudah aktiviti-aktiviti pada sem 1 ini dan insyallah kita bertemu lagi pada sem hadapan.

aktiviti pasar merupakan aktiviti yang dijalankan sepanjang sem yang lepas. aktiviti ini dijalankan pada setiap hari rabu bermula pada jam 6 petang bertempat di ruangan G01 KRP. insyallah aktiviti ini akan diteruskan pada semester hadapan.

disini adalah gambar sepanjang aktiviti pasar malam dijalankan.