Lawatan Deligasi Akademik dari Universiti Malaysia Pahang ke KRP UTM

Assalamualaikum.
alhamdulillah JKM KRP telah pun sempurnakan satu lagi program iaitu Lawatan Deligasi Akademik dari Universiti Malaysia Pahang ke Kolej Rahman Putra (KRP), UTM.

lawatan ini adalah terdiri daripada Perwakilan Kolej Kediaman 5 (Peka 5) kampus Pekan, Universiti Malaysia Pahang iaitu 30 orang mahasiswa 2 orang pengiring.

kami telah menyambut baik kedatangannya sekitar 1 pagi 16 April 2011 oleh pengerusi dan naib pengerusi (pengurusan) JKM KRP sendiri di hadapan pintu masuk utama UTM dan terus membawa mereka ke Kolej Rahman Putra (KRP). program diteruskan dengan taklimat program oleh penasihat JKM dan pembahagian bilik oleh AJK penginapan.

Pada pagi itu, program dimulakan dengan sarapan pagi pada pukul 8.30 pagi dan seterusnya sesi pembentangan dibuat oleh pengetua KRP, Penasihat JKM KRP dan Pengerusi JKM KRP. Program berehat seketika dengan minum pagi dan diteruskan lagi dengan sesi dialog diantara PEKA5 dan JKM KRP. 

Selepas makan tengahari dan solat zohor, kami telah membawa mereka melawat kesekitar UTM seperti Dewan Sultan Iskandar (DSI), Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ), bangunan canseleri, kolej-kolej lingkaran dalam dan lingkaran luar dan balai cerap. sehingga pukul 4.30 petang, program diteruskan dengan perlawanan persahabatan futsal antara PEKA5 dan KRP. Pada malam itu pula kami membuat BBQ sebagai pengisian dan pada waktu itu perkongsian pendapat amat meluas.

pada pagi hari terakhir deligasi ini, dimulakan dengan sarapan pagi dan majlis penutupan program ini. Majlis penutupan bermula dengan ucapan dari pengerusi JKM KRP dan ucapan dari pengerusi PEKA5. Ia diteruskan dengan Ucapan dari wakil pengetua KRP dan ucapan dari pengiring deligasi PEKA5. Kemudian, penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan futsal dan pemberian cenderahati dari JKM KRP dan juga dari PEKA5. Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama JKM KRP dan PEKA5.

Harapan kami terhadap program ini agar deligasi ini tidak semata-mata berakhir disini. kami berharap masih ade kesinambungan antara kami untuk memajukan semangan kepimpinan masing-masing.






























No comments:

Post a Comment